Allah Is In My Heart




DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG


tick tock tick tock

Tuesday, April 26, 2011

Siapa mereka ?

Bismillahirrahmannirrahim..
Assalamualaikum w.b.t....

Apa khabar teman-teman ? dah senyum ke hari ni ? kepada yang belum senyum..meh kite senyum sama-sama supaya hari kita lebih ceria.. ^_^ . alol0... comel sunggoh.... Alhamdulillah..Syukur kepada Allah S.W.T..kita masih dapat sama-sama melihat dunia dan berfikir tentang kebesaranNYA.siapa tahu esok lusa sudah tiada..tidak pasti yer anak-anak..jadi,,kali nie,, suka lah saya untuk berkongsi sedikit mengenai kawan,,rakan,,teman,,sahabat,,dll,etc.....dan apa je la lagi gelarannya..

Ketika di sekolah rendah (kanak ribena) ,, saya xtau apa beza kawan,,rakan,,teman,,sahabat...saya anggap maksudnya sume sama je..iaitu,,orang yang dikenali...means,,orang yang kita kenal tu lah kawan kita..kalau xkenal.dia bukanlah kawan kita..haa,,itulah kefahaman saya waktu tu..beselah kot..budak-budak..nampak yang di depan mata je.. :) ..Masuk ke alam remaja sikit (kanak-kanak milo),,saya mula memahami istilah teman..time ni lah baru tahu beza kawan dan teman...

Bila berkata mengenai kawan,,kefahaman saya ketika itu,,orang yang kita kenal dan orang yang berdekatan dengan kita..contoh,,orang yang sama kelas dengan kita,,orang yang berada di sebelah kelas kita,, orang yang satu sekolah dengan kita..walaupun xknal.,,kita tetap panggil dia kawan kita..sebab..ada satu kes ketika saya di sekolah menengah,,ada seorang junior saya ni,,terlibat dengan kemalangan..saya xknal pun orangnye..jauh skali pernah bercakap dengan dia..tapi,,junior saya ni satu rumah sukan dengan saya..erm..berita plakx tersebar macam angin ribut..dalam masa beberapa saat,,berita mengenai kemalangan tu tersebar ke kawasan perumahan saya..saya pulang ke rumah pada petang yang berbahagia itu ( time tu bawu lepas habis latihan sukan ) .. mama terus tanya saya,,"adik,,ada budak sekolah mnengah accident er ? " .. saya yang masih terpinga-pinga ni pon tanye balek mak saye .. " eh,,ade ke ? "..sbb time tu,, saya sendiri pon xtau..bila disiasat dan disiasat..saya pun tahulah orangnya yang mana..tggi macam mana,,kelas mana dan sebagainya..saya pun bagitahulah mama saya yang pelajar tu junior saya..satu rumah sukan..dan apabila ada la jiran-jiran datang bertanyakan khabar,,mereka pun bertanya sekali berita terbaru mengenai pelajar tu..ayat mereka bertanya .,, "adik,,macam mana kawan adik yang accident tuh ? " .. erkz,,dalam hati saya time tuh,,'sapa kawan den yang accident nieh' ..tapi,,kerana memahami maksud auntie-auntie berkenaan,,saya pun bagitahulah yang pelajar berkenaan masih menerima rawatan di hospital...tapi,,ketika tulah terdetik di hati kecil saya nie,,kawan ? walaupun saya xmengenali dia,,saya tetap rasa sedih yang dia ditimpa kemalangan dan agak parah keadaannya..jadi,ketika tulah dapat disimpulkan bahawa kawan ni lah peringkat pertama perkenalan..dan,,berkenalan bukan hanya dengan melihat wajah dan bercakap..melalu detail-detail dia yang kita tahu pun da cukup..Alhamdulillah,,apabila pelajar tu dah boleh pergi ke sekolah,,saya diberi kesempatan untuk bercakap dengan dia..rupa-rupanya,,pelajar ni pemalu orangnya..haaa,,tersimpul lah satu ikatan yang digelar..KAWAN...

RAKAN..kefahaman saya mngenai rakan ni plakx..lebih tertumpu kepada apabila kita melakukan sesuatu kerja secara berkumpulan..contoh terbaik dan terbalik yang saya ada,,, bersukan..apabila bersukan,,teamwork amat-amatlah penting..xkiralah ia nya sukan individu atau mmg secara berkumpulan..tapi,kedua-duanya penting..ketika di bangku sekolah,,saya suka melibatkan diri dengan aktiviti sukan..salah satunya,,bola jaring..dalam bola jaring,,jarang saya dengar sapa-sapa pun sebut perkataan kawan..bila ada orang tanya,, "mane team awak ? " ,, "mane rakan-rakan sekolah awak ? "..xde pon yang tanye.. " kawan awak mane? "..nampak permainannya di situ..kalau xnampak,,meh nk explain..rakan ni macam more general..macam melambangkan satu bentuk penyatuan..berbanding kawan yang lebih specific..seperti merujuk pada seorang je..tapi,,bila sebut tentang rakan..rakan seperjuangan..berjuang untuk satu tujuan..rakan sepasukan..macam mane pulak rakan karib ? singular jugakx kan..kalau diimbas kembali,,rakan karib ni ,, orang yang suka wat samting bersama-sama..contohnya,,jalan sama-sama,,wat kerja sekolah sama-sama,,usik orang lain sama-sama...upppsss...rakan ni macam orang yang mempunyai tujuan dan arah yang sama dengan kita..haa,,lebih kurang gitulah kefahamannya..

namun,,,hubungan paling best adalah SAHABAT...saya mule mngenal erti sahabat ni,,bila dah abes sekolah..terlewat sangat-sangat kan...yer..sahabat ni lah,, yang paaaaaaaallliiing susah untuk kita dapat...terutama dalam zaman serba mempengaruh dan dipengaruhi ni..uiiissshh,,payah-payah..susah-susah...tapi,,xmustahil..siapa itu sahabat ? sahabat nie,,adalah orang yang di hati,,berkasih sayang dengan tujuan,,suka menegur dan ditegur,, dan banyak lagi..hubungan bersahabat ni,,xsama dengan 2 contoh di atas ( jangan pandang siling pulak ) .. atas ni,,kawan dan rakan...indah sangan bila bersahabat...manis nye xboleh di ungkap dengan kata-kata,,pahitnya xterasa walau ditelan..mmg sangan BEST...sahabat ini,,amatlah penting..sungguh..sangat-sangat dan teramat penting..anda akan rasai siapa sahabat anda ni,,bila anda dapat mencari orang berkenaan...jadi,,pasal sahabat,,anda sendiri yang akan explainkan.. okie ? apa yang saya boleh katakan,,selamat mencari..mengembaralah anda dalam mencari.. ^_^ .. Go0d luck..

Apa-apa pun,,ingatlah..setiap perkenalan kita bukanlah satu kebetulan tetapi ianya telah ditakdirkan oleh Allah S.W.T..jangan sesekali menyesal atas perkenalan dengan seseorang malah ,, yang baik jadikan tauladan,,yang buruk jadikan sempadan..bijak kanlah diri anda dalam memilik kawan,,rakan dan sahabat..carilah yang dapat membimbing kita ke jalan yang benar..jalan yang lurus..namo bengkang bengkok..sahabat saya ada memesan..jika nakkan kawan yang baik,, pergilah ke SURAU dan MASJID  dan rajin-rajin kan diri ke majlis ilmu...insyaAllah..di sanalah anda akan menemui SAHABAT...













~ maafkan saya andai ada terkasar bahasa dan tersalah bicara..yang baik dan yang buruk datangnya daripada Allah tapi yang buruk disandarkan ke atas saya yang lemah ini..Assalamualaikum w.b.t..~

Monday, April 25, 2011

Harian Metro - Tragedi Kejut Solat Subuh (Isnin, 25/4/2011)

WANITA KOMA DITIKAM SUAMI WAKTU SUBUH..

Ampang : Seorang isteri kini terlantar dalam keadaan koma bertarung nyawa di hospital akibat dibelasah serta ditikam suaminya yang naik hantu selepas wanita itu menyuruhnya menunaikan solat Subuh. Kejadian berlaku di rumah pasangan berusia 30-an terbabit di Pandan Indah Commercial Park, di sini, kira-kira jamm 6 pagi semalam dan mangsa yang kehilangan banyak darah akibat cedera di perut kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Ampang.
    Sumber polis berkata, kejadian berlaku apabila suami mangsa yang tidur berang selepas dikejutkan isterinya dan disuruh mendirikan solat Subuh. "Tindakan mangsa menyebabkan suaminya berang sebelum berlaku pertengkaran hampir 10 minit. Suaminya yang hilang pertimbangan membelasah mangsa lebih 30 minit sebelum mengarahkan mangsa JANGAN MENYURUHNYA BERSOLAT. "Biarpun dibelasah dan diugut sedemikian rupa, mangsa masih meminta supaya suaminya berubah dan menunaikan solat," katanya.
    Menurutnya, keengganan mangsa mematuhi arahannya menyebabkan suaminya bertinak lebih agresif dengan mengambil pisau dan menikan perut wanita itu. "Mangsa terjatuh sebaik ditikam dan keadaan itu menyebabkan suaminya panik, apatah lagi selepas melihat isterinya berlumuran darah serta meraung kesakitan," katanya.
    Sumber itu berkata, bunyi bising akibat pertengkaran dan serangan suspek ke atas mangsa menarik perhatian jiran mereka, seorang lelaki lewat 20-an yang bergegas ke rumah pasangan itu.  Sebaik masuk ke rumah berkenaan yang pintunya tidak berkunci, jiran itu melihat mangsa terbaring dalam berlumuran darah manakala suaminya berdiri sambil memegang pisau.  "Terkejut dengan kehadiran jirannya, suspek segera melarikan diri manakala mangsa dibawa jirannya itu ke hospital dengan bantuan beberapa jiran lain," katanya.
    Difahamkan, sehingga petang semalam keadaan mangsa dilaporkan kritikal manakala suaminya yang menghilangkan diri kini diburu polis. Sementara itu, Ketua Polis Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan dan siasatan lanjut dilakukan.
-HARIAN METRO M/S 4-




~Sahabat...renungkanlah..hanya kerana disuruh mendirikan solat 2 rakaat itu,,sanggup membunuh..lebih menyedihkan isterinya sendiri..wanita yang dikahwini..wanita yang disayangi..bukankah sepatutnya lelaki menjadi pelindung wanita..lebih2 lagi suami pada isteri..namun,,mana perginya sifat itu ? lelaki yang gagah,,melindungi wanita,,menghormati wanita..senipis inikah iman kita ? tepuk dada tanya diri,, apakah perasaan kita apabila disuruh menghadap Allah ? dan apa pula perasaan kita apabila disuruh menghadap tv ? yang manakah lagi membuatkan nafsu kita suka ? naudzubillah..renung2 kanlah..pesanan buat diriku dan sahabat-sahabat..tambahan,,suspek masih dalam buruan polis..berjagalah yer rakan-rakan...erm,,siapa yang patut dipersalahkan dalam kes ini ? dan dari manakah puncanya ? akhir kata, maafkan segala salah silap diri..andai ada terkasar bahasa dan tersalah bicara..yang baik dan yang buruk datangnya daripada Allah tetapi yang buruk disandarkan kepada saya yang lemah ini..syukran..~~

Sunday, April 24, 2011

Warkah buat Hawa

Bismilahhirrahmannirrahim..
Assalamualaikum w.b.t.


Hawa,
Andai engkau masih remaja,
jadilah anak yang solehah buat kedua ibu bapamu,
andai engkau sudah bersuami,
jadilah isteri yang meringankan beban suamimu,
andai engkau masih ibu,
didiklah anak-anakmu sehingga dia tidak gentar memperjuangkan Addin Allah..

Hawa,
andai engkau belum berkahwin jangan risaukan jodohmu,
ingatlah hawa janji Tuhan kita,
jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana khuatir dari mata jatuh ke hati,
maka lahirnya senyuman,
maka tercetusnya salam dan sekaligus disusuli dengan pertemuan,
takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri..

Hawa,
lelaki yang baik tidak melihat paras rupa,
lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya,
lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuannya,keremajaannya, serta kemampuannya menggoncang iman lelaki,
tetapi lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya,
peribadinya dan yang penting pegangan agamanya,
lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk menggodanya,
lelaki yang warak juga tidak mahu bermain cinta,
kerana dia tahu matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan perempuan hanyalah melalui perkahwinan..

Oleh itu Hawa,
jagalah pandanganmu,
awasilah auratmu,
peliharalah akhlakmu,
kuatkanlah pendirianmu,
andai ditakdirkan tiada cinta daripada Adam untukmu,
cukuplah hanya cinta Allah memenuhi dan meyinari kekosongan jiwamu,
biarlah hanya cinta daripada kedua ibu bapamu yang memberi hangatan kebahagiaan buat dirimu,
cukuplah sekadar cinta adik-beradik serta keluarga yang membahagiakan dirimu..

Hawa,
cintailah Allah di kala susah dan senang kerana,
kau akan memperolehi cinta daripada insan yang juga menyintai Allah,
cintailah kedua ibu bapamu kerana kau akan memperolehi keredhaan Allah,
cintailah keluargamu kerana kau tak akan jumpa cinta yang bahagia selain cinta keluarga,
janganlah sesekali tangan yang menggoncang dunia,
juga menggoncang IMAN lelaki...


~Sahabat...sama-samalah kita renungkan dan muhasabah diri..pesanan buat diriku juga kepada sahabat-sahabat..maaf andai ada tersilap kata tersalah bicara..yang baik dan yang buruk datangnya daripada Allah tetapi yang buruk itu disandarkan ke atas saya yang lemah ini... Assalamualaikum w.b.t~

Saturday, April 23, 2011

Rahsia Sunnah Nabi Muhammad S.A.W

Bismillahhirrahmannirrahim...
Assalamualaikum w.b.t..

Apa khabat teman-teman,,rakan-rakan dan sahabat-sahabat sekalian ? harap dalam keadaan sihat selalu dan senyum sokmo..Alhamdulillah,, dapat sekali lagi kita mengukirkan senyuman manis..alolo,,manisnye~~~ :)
Jadi,,pada kali ini..saya ingin berkongsi serba sedikit ilmu yang saya peroleh ketika menuntut di salah sebuah pusat pengajian nie..artikel ni diberikan oleh salah serang sahabat saya ketika saya ingin pulang ke hostel..yer...terima kasih yer sahabat kerana bagi artikel nie.. ^_^

Kita wajiblah menunaikan yang wajib manakala memperbanyakkan yang sunat..kan anak-anak ? banyak sangat perkara sunat yang dapat kita lakukan untuk menambahkan dan mengukuhkan lagi iman kita nie..perkara sunat ni,,kalau kita buat,,kita dapat pahala dan kalau xbuat,,xdapat apa-apa pun..dosa xdapat,pahala pun xdapat...tapi,,rugi la kan..perkara sunat nie,,bukannya susah untuk dibuat..insyaAllah...Islam ini mudah.. :) dan salah satu sunnah Rasulullah S.A.W adalah apabila kita MAKAN..

1. Cara makan, kenapa kita gunakan tangan ? Mengikut cara Rasulullah S.A.W, beliau akan menggaulkan lauk dengan nasi dengan tangan kanannya dan kemudian membiarkan sebentar, lalu Rasulullah S.A.W akan mengambil sedikit garam menggunakan jari kecilnya(yang last tu), lalu Rasulullah S.A.W akan menghisap garam itu.. Kemudian barulah Rasulullah S.A.W makan nasi dan lauknya..Mengapa ? kerana kedua belah tangan kita ada mengeluarkan 3 macam enzim, tetapi konsentrasi di tangan kanan kurang sedikit dari yang kiri..Ini adalah kerana enzim yg ada di tangan kanan itu merupakan enzim yang dapat menolong proses penghadaman (digestion), ia merupakan the first process of digestion..(acece,,speaking pulekz.)
Mengapa menghisap garam ? kerana garam adalah sumber mineral daripada tanah yang diperlukan oleh badan kita..Dua cecah garam dari jari kita itu adalah sama dengan satu liter air mineral..Kita berasal daripada tanah maka lumrahnya bahan yang asal dari bumi (tanah) inilah yang paling berkhatsiat untuk kita..
Kenapa garam ? selain dari sebab ia adalah sumber mineral, garam juga adalah penawar yang paling mujarab bagi keracunan, mengikut doktor-doktor di hospital, the first line of treatment for poisoning adalah dengan memberi Sodium Chloride, iaitu GARAM..Garam juga dapat menghalang sihir dan makhluk-makhluk halus yang ingin mengganggu manusia..

2. Cara Rasulullah S.A.W mengunyah - Rasulullah S.A.W akan mengunyah sebanyak 40 kali untuk membiarkan makanan itu betul-betul lumat agar perut kita senang memproseskan makanan itu..

3. Membaca Basmalah (Bismilahirrahma Nirrahim).. Membaca Basmalah sebelum makan untuk mengelakkan penyakit..Kerana bakteria dan racun ada membuat perjanjian dengan Allah S.W.T, apabila Basmalah di baca maka bakteria dan racun akan musnah dari sumber makanan itu..

Cara Rasulullah S.A.W MINUM :

Janganlah kita minum berdiri walaupun ia makruh tetapi ia makruh yang menghampiri kepada haram.Jangan kita minum dari bekas yang besar dan jangan bernafas sedang kita minum..Kerana apabila kita minum dari bekas yang besar, lumrahnya kita akan meneguk air dan dalam proses minum itu, kita tentu akan bernafas dan menghembuskan nafas dari hidung kita..Kerana apabila kita hembus, kita akan mengeluarkan CO2 iaitu Carbon Dioxide, yang apabila bercampur dengan air H2O, akan menjadi H2CO3, iaitu sama dengan cuka, menyebabkan minuman itu menjadi acidic..Jangan meniup air yang panas, sebabnya sama di atas..
Cara minum, seteguk bernafas, seteguk bernafas sehingga habis..


Jadi ,, inilah sedikit sebanyak yang dapat dikongsikan..Jadi kawan-kawan..sama-samalah kita muhasabah dan fikir kembali..berapa cuka yang telah kita minum..kasihan sama perut kita nie..dah terlalu banyak acid..patut la selalu meragam..jadi,,perbetulkan kembali mana yang tak betul...akhir kata, maaf andai ada tersilap kata..yang baik dan yang buruk datangnya daripada Allah..tetapi yang buruk disandarkan ke atas saya yang lemah ini..selamat beramal~~~ ^_^

Kisah pengembara~~

Bismillahhirrahmanirrahim..
Assalamualaikum w.b.t..

Apa khabar teman-teman,,sahabat-sahabat sekalian..harap sihat sejahtera dan sentiasa dalam redha-NYA.. amin..jadi,, bagi agak-agak di awalan blogging nie..sebab saya pun baru je belajar blog-blog nie..xberapa nak reti..tapi,,orang cakap,,menuntut ilmu biarlah sampai ke liang lahad..jadi,,seiring dengan peningkatan dan kemodenan zaman sekarang nie,, suka juga nak berkongsi ilmu dengan sahabat-sahabat melalui teknologi di ujung jari..jadi,,,ntah brape banyak jadi da nie.. heee~ suka lah saya ingin berkongsi mengenai kisah seorang penghijrahan seorang hamba Allah..bukan penghijrahan seperti Nabi Muhammad S.A.W yang jauh perjalanannya dan sangat hebat dugaannya..hamba Allah yang ini belum mampu sampai ke tahap itu tetapi akan terus mencuba.. sehingga akan benar-benar dapat mengikut jejak langkah Beliau dan sahabat-sahabat terdahulu.. ^_^ .. amin..

"Abang,, comelnyer anak kita..Alhamdulillah,,anak perempuan bang..xkisahlah kita nak kan anak lelaki..ini rezeki kita bang..bersyukur dapat anak perempuan..rezeki Allah "
"Allahuakbar , Allahuakbar..!! "

Lahirnya seorang bayi yang suci umpama kain putih..disambut dengan laungan azan..kalimat pertama yang didengari,, 'Allahuakbar'..inilah dia..antara roh-roh yang berani menjejakkan kaki ke muka bumi ini..apabila disoal,,roh ini mengatakan.. aku percaya Tuhanku adalah Allah dan aku menyaksikannya..lalu,,turunlah roh ini ke muka bumi..namun,,ada segelintir roh yang takut..maka ketika di hari akhir dunia,,mereka tidak dimasukkan ke dalam syurga,,namun tidak juga ke neraka..


Pabila semakin meningkat umurnya..semakin pandai berkata-kata..semakin pandai mengatur langkah..banyak kali anak kecil ini jatuh ketika bertatih namun digagahkan juga untuk berdiri kerana dia tidak kenal erti putus asa..masuk ke alam persekolahan..anak kecil ini menangis..menangis kerana takutkan duniawi..takut kepada orang yang tidak dikenali,,takut di apa-apakan..takut segala takut lalu menangis hingga kering air mata..sentiasa memerlukan kedua orang tuanya berada berdekatan..namun,kerana terbiasa akhirnya bersama rakan-rakan..sudah berasa selesa dengan suasana yang baru..sudah berani berdiri dengan kaki sendiri..anak kecil ini masih mencari-cari erti kehidupan..namun,,penerimaan nya sgt sukar..sukar untuk difahami bagi anak kecil ini..jadi,,bagi mereka..keseronokan diutamakan..berlari-lari dengan rakan-rakan..yang dilihat,,hannyalah di depan mata...di sebalik keseronokan anak kecil ini,, dia tidak sedar,,pelbagai dugaan menanti buatnya.....

Masuk ke alam remaja,,hatinya semakin susah untuk menerima..semakin banyak perkara yang dilihat..baik atau buruk,,tidak dinilai lagi...darah mudanya sentiasa menggelegak..sentiasa mendidih..akalnya sudah dikawal oleh nafsu..suka mencuba sesuatu yang baru..dilihat rakan-rakannya memiliki teman hidup..pelindung dan peneman ketika suka...dan apabila duka ditinggalkan namun tetap nampak indah...tapi,,itu bukan halangan bagi dia untuk memiliki teman juga..dia mencari dan ada yang berkenan..dalam xsedar,,dia telah menyerahkan hati nya yang suci yang dijaga rapi sejak lahir itu kepada yang bukan halal buatnya..dia tidak mengindahkan dosa pahala dan apa yang dia nampak adalah keseronokan memiliki teman yang sentiasa di samping..dia tidak mahu tewas...tidak mahu tewas dengan rakan-rakannya yang lain yang sudah berteman sejak bertahun..
 Namun,,, kasih Allah kepada hambaNYA tidak pernah luntur dan berkurang..Allah amat menyayangi hambaNYA...setiap niat atau perkara jahat yang diniatkan olehnya,,pasti ada halangan..pasti tidak dapat ditunaikan...darah mudanya ingin memberontak..namun,,akalnya masih lagi dapat berfikir dengan waras..kerana Allah sentiasa menyayangi dia..hidayah Allah menyapa..dia terasa dosa yang ditanggung amat banyak dan sudah terlalu berat..dia memutuskan hubungan dengan temannya..walaupun perit..namun dia tahu..ini adalah suara hatinya..suara daripada Allah yang mahukan dia menyerahkan sepenuh hatinya hanya pada Yang Hakiki..namun,, manusia ini dalam kerugian dan sering menzalimi diri sendiri..sekali lagi dia terpesong kerana dia tidak menjaga hidayah Allah itu..dia lalai dan leka dengan kenikmatan duniawi..memikirkan keseronokan dan masih belum mencari makna Islam itu sebenarnya..walaupun dia sedar,,kebahagiaan dia itu selalu dituruti dengan kesedihan dan kekecewaan..namun,,dia tetap dengan pendiriannya kerana termakan bisikan syaitan...makhluk yang tidak pernah berputus asa untuk memesongkan hati manusia...walaupun dia tetap berwaspada,,dengan menambahkan amalan sedikit demi sedikit..dia tetap dipengaruhi oleh rakan-rakan dengan keseronokan duniawi..melakukan perkara yang membuang masa..

Namun,,,sekali lagi.....Allah itu Maha Besar...Allah mengurniakan rezeki kepadanya...Allah memudahkan laluannya untuk menyambung pelajaran ke tempat yang diiktiraf..pusat pengajian yang dia sendiri tidak menyangka dia akan menuntut di sana...dia amat bersyukur...Allah memisahkan dia daripada teman-temannya yang sering mendatangkan kelalaian kepadanya..

Ketika mula menjejakkan kaki ke pusat pengajian berkenaan..dia terasa amat takut dan kosong..dia sentiasa dalam ketakutan..namun,,dia masih melupakan yang Maha Melihat..dia tidak tahu pada siapa harus dia mengadu..Sekali lagi Allah memberikan hidayah kepadanya..ketika pertama kali menyambut Ramadhan di tempat baru,,Allah memudahkan perjalanannya untuk menunaikan solat berjemaah dan sola sunat tarawih di surau..dia merasakan hatinya seolah-olah melekat pada pintu surau di pusat pengajian berkenaan..dia tidak boleh mengelak jejak kaki nya daripada ke surau..semenjak dari hari itu,,hatinya sudah berada di surau..dia mendapat ketenangan di sana..dia mendapat sahabat baru di sana dan yang paling penting..dia mendapat kehidupan di sana..benarlah janji Allah..jika kita mencari,,pasti Allah memberi..tidak putus-putus dia menadah tangan dan bersujud kepada Allah tanda kesyukuran yang tidak terhingga..dia mengabdikan dirinya dengan bersungguh-sungguh..di samping itu,,dia mendapat sahabat-sahabat yang dikurniakan Allah..sahabat-sahabat yang sentiasa membimbingnya ke jalan yang benar...menegur apabila melakukan kesalahan....suka dan duka bersama..gembira dan menangis bersama...semua itu,,tidak pernah dirasai olehnya selama dia hidup di muka bumi ini..dia sendiri tidak menyedari perubahan dirinya sehinggalah seorang teman menegur perubahannya yang sudah jauh berubah..tingkah laku,,tutur kata dan banyak lagi..jauh lebih molek dan sopan..dia bersujud kepada Allah dan bersyukur setiap hari..Alhamdulillah,, kini dia jauh sudah berubah dari yang sebelumnya sehinggakan ada sahabatnya yang juga turut terpengaruh dan mahu bersama-sama berubah ke arah kebaikan..ke jalan yang lurus..Hidayah Allah..Allah tidak akan merubah nasib sesuatu kaum itu melainkan kaum itu merubahnya sendiri..

Kini,, dia memasang tekad..perubahan dirinya ini bukan untuk dirinya sahaja .. malah dia juga inginkan sahabat nya yang lain merasainya juga..bukan kerana dia tetapi kerana Allah..Subhanallah..semuanya menjadi indah apabila disandarkan kepada Allah..namun,,dalam masa yang sama..dia sedang bersedih..sedih kerana ramai lagi teman-temannya di luar sana yang masih lagi hanyut dengan duniawi..dia mahu membimbing mereka dan dia masih lagi sedang mencari dan akan terus mencari..dia sedang mengembara~~~~





-watak dalam cerita ini tidak ditujukan kepada sesiapa..maaf andai ada tersilap kata..sudilah menegur..insyaAllah akan diterima dengan hati yang terbuka..yang baik dan yang buruk itu datangnya daripada Allah namun yang buruk itu disandarkan ke atas saya- Wallahualam...






Ta'aruf (pengenalan)



Bismillahhirrahmanirrahim..
Assalamualaikum w.b.t..

Alhamdulillah,, syukur ke hadrat ilahi kerana pada pagi,petang atau malam ini dapat kita meluangkan masa dan diberi kesempatan oleh Allah untuk membaca apa yang ada di hadapan kita ini..Sebelum tu,,nak tanya,,da solat ke ni ((bagi yang dah masuk waktu)) . Bukan apa,,takut excited sgt smpi lupa pulak waktu solat..jangan yer anak2..bahaya tu.. :)

Jadi,,suka saya untuk memperkenalkan serba sedikit mengenai pemilik blog nie..ntah sape ntah..tapi,,dia cakap..xkenal maka xcinta..eh,,bukan nk bercinta nie..jadi,, xknall maka xtau kan...haaa,,jadi,, kene la juga sesi ta'aruf ni atau pun di kenali sebagai sesi pengenalan..bukan kad pengenalan yer..kad pengenalan warna biru...tttuuuuttt..lari topik suda.. hehe...baiklah ,,gini ceritanyaa............. ~~~~

Pemilik blog ini mempunyai nama...insyaAllah dengan ilham yang diturunkan oleh Allah S.W.T kepada kedua orang tuanya .. terdaftarlah satu nama di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bharu, Johor..Irfa Athikah Binti Zulkefli pada 26 disember 1992..tapi,,asal kedua orang tuanya dari kelantan..kampungnya juga di kelantan..jadi,,suke lah dia memperkenalkan dirinya berasal daripada kelantan...haaa..gitulah al kisahnya...ada soklan tambahan ? sila ambil no di kaunter...hee~ :D

Irfa @ pemilik blog ni juga seorang yang masih dalam golongan remaja (19 tahun, pada tahun 2011)..jadi mengikut kata2 orang2 pakar sedunia..golongan remaja ni lah paling senang untuk dipengaruhi...xkiralah pengaruh negatif mahupun positif..janji digelar PE..NGA...RUH...

Nape saye capslock kan ? haaaa,,sebab..pemilik blog ni,,mmg seorang yang sgt senang terpengaruh..TER sahaja..tapi bila dah mula masuk dalam TER.. kompem2 akan terus jadi,,pengaruh kan...dan inilah yang sgt ditakuti..wuuuuu.. namun,,kita kembangkan pikiran kita,,lapangkan dada..pengaruh ni bukan pengaruh negatif sahaja..pengaruh positif pun ada..jadi..kne la pandai kontrol idup ni..sebab..nak terpengaruh dengan yg negatif tu,,lagi high probability nye..aiisshh,,masuk math suda...namun.... Hidup sebagai seorang pengembara ni,,, sukalah kalau kita teruskan juga perjalanan walau sekuat manapun pengaruhnya kan..itulah pengembara..suka mencuba sesuatu yang baru disamping berfikir mengenai yang lama..

ramai orang kata...jalan sentiasa kehadapan..jangan pandang belakang...jangan pandang belakang congkak pon ade...yer...mmg xleh pandang belakang...sebab kalau nak tgk belakang,,kita kene pusing badan ke belakang..kalau x,,polik bona pandang je tewus ke belakang...aaaaa...ngarut suda..okie2...teacher saye pesan,,mmg kita kne jalan ke hadapan...tapi kadang2 kita kne tgk belakang jugak...untuk apa ? untuk keselamatan sejagat juga..dan ,,,baiki balik apa yang xbetul dibelakang..paham ?? kalo xpaham jugakz,, cuba hayati kisah nie..

pada suatu hari,,anda berjalan2 ..anda berjalan op kos lah kedepan kan...xde gear reverse bagi pejalan2 kaki.. ketika anda sedang berjalan...anda terasa seseorang sedang mengekori anda..kelibat hitam itu mengekori anda sehingga tiada ekor lagi untuk dia ikut dah...ketika anda menyedari kejadian itu,,adakah anda akan toleh ke belakang (walaupun menggunakan ekor mata) atau anda keep walking forward dengan yakinnya??? ttteeeetttt....lumrah manusia...suka sangat mendapatkan jawapan yang tidak pasti..anda akan pandang belakang dan kalau ada pulakx yang tggi self esteem nye,,anda akan menjerit..."siapa tuh ? keluar lah..jangan kacau aku.. " ..

haa itulah perkaitannyaa...sama saja kita hidup di dunia nie...sume manusia xsempurna..jadi,,kita xboleh melolong je jalan ke hadapan..samtimes,,kita kene jugak pandang ke belakang untuk mendapatkan jawapan...jadi,,itulah yang saya faham dengan apa yang dimaksudkan oleh teacher saya itu..maaf kalau salah...jadi,,sudi2 lah share yer kalau anda ade kefahaman lain pulak.. :) ..

oh,,,panjang pulak sesi pengenalan nie...yer..dalam Al-Quran pun ada tertulis..betapa pentingnya masa kan..jadi..sudilah dalam sesi kenal2 ni,, naklah share ilmu ckit.. ^_^ .. okie...cau cincau....dengan ini rasmilah kot.. JOM MENGEMBARA....



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...