Allah Is In My Heart




DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG


tick tock tick tock

Wednesday, June 29, 2011

Bilakah Doa Mudah Dimakbulkan ?

Assalamualaikum w.b.t....





InsyaAllah...cerita kali ni adalah mngenai doa..hari tu,,Alhamdulillah,,sy diberi kesempatan mnghadirkan diri ke majlis-majlis ilmu..tapi,,soalan yg sering dipersoalkan oleh para hadirin..ini apa yang sy prasan laa..ramai yg bertanya,,pada masa bilakah doa paling mujarab ?

Bila ? :
  •  Di satu pertiga akhir waktu malam..
  •  Selepas menunaikan sembahyang Fardhu..
  •  Ketika lailatulqadar..
  • Hari Arafah..
  • Di Bulan Ramadhan..
  • Hari dan malam Jumaat..
  • Di antara azan dan iqamah..
  • Ketika berhadapan dengan musuh di dalam peperangan..
  • Ketika sujud di dalam sembahyang..
  • Ketika mendengar kokokan ayam..
  • Ketika waktu hujan..
  • Ketika minum air Zam-Zam..
  • Ketika membaca Al-Qur'an terutama apabila khatam..
  • Di tempat-tempat yg mulia kerana keberkatan dan kemuliaannya yang dikurniakan oleh Allah seperti di Masjid Al-Haram, Masjid An-Nabawi, dan Masjid Al-Aqsa..
 Firman Allah "Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku akan perkenankan doa permohonan kamu" (Al-Mu'min : 60)

Allah berjanji..akan perkenankan doa kita..Subhanallah...Allah Maha Pemurah...jadi,,tidak kiralah di mana kita berada,,sentiasalah panjatkan doa kepada Allah dan mengucapkan kesyukuran kepada-Nya..InsyaAllah..





~Pesanan buat diri ini yang kerdil juga kepada sahabat yang disayangi..Fillah~ Wallahualam...

Tuesday, June 21, 2011

SeBaRKan SaLaM ^_^


Melati kuntum tumbuh melata,
Ada di tasik ada di paya,
Bismillah pembuka bicara,
Assalamualaikum pemanis kata...


Acece..berpantun sudah..memartabatkan budaya kita..hidup Melayu Islam ! :)
Assalamualaikum w.b.t....

Dah baca tajuknya,,pasti semua dapat mengagak kan..haaa,,mengenai salam...bukan salam tangan tapi memberi salam , Assalamualaikum warohmatullah hiwabarokatuh..

Hukum memberi salam adalah sunat muakkad (sunat yg dituntut) bagi perseorangan dan sunat kifayah bagi berkumpulan sedangkan menjawab salam pula adalah wajib bagi perseorangan dan fardhu kifayah bagi perkumpulan.....faham ? 

Jadi,,kita ni amat-amatlah digalakkan memberi salam..dengan memberi salam je,,kita dah dapat pahala..Subhanallah,,bertuahnya kita..tapi,,kadang-kadang berat je mulut ni nk ucap salam kan ?


Hikmah memberi salam :
1) mendapat keredhaan Allah.
2) mendapat doa dari para malaikat.
3) akan mendukacitakan iblis.
4) dapat membersihkan diri dari sifat-sifat mazmumah(keji).
5) dapat mengukuhkan persaudaraan Islam.


Dulu kita bangga memberi salam kepada saudara Islam tapi kini kita lebih selesa dengan hnya mnyebut "Hai"..kononnya lebih mudah dan ringkas..Maklumlah dalam dunia yg serba pantas ni sgalanya perlu cepat..kalau mnyebut "Assalamualaikum" , belum habis mnyebut salam, orng tersebut dah xde dpn mata..itu lah antara alasan yg kite dengar bile ditnye knape lbh suka mngucapkan "Hai" berbanding "Assalamualaikum"..namun,,mungkin juga,,ade sesetengah orang beranggapan mereka kurng selesa apabila memberi salam...terutamanya apabila dgn kwn-kwn yg jenis kurng menitik beratkan isu agama..betul juga,,itulah hakikatnya..tradisi memberi salam ni,,sudah kurang diamalkan hingga kita sendiri merasa janggal apabila ingn memberi salam..
Yelaa,,,diakatakan memberi salam ni dah tak serasi dgn zaman,dah tak moden, tak ikut 'trend' masa kini..Tapi,,sebenarnya ia menunjukkan betapa rapuhnya ukhuwwah Islamiah kita hati ini..Sedangkan,memberi salam adalah dituntut dalam Islam terhadap seluruh umatnya...



Seperti yang dinyatakan oleh Rasulullah S.A.W dalam hadisnya yg bermaksud, "Seseorang bertanya kepada Rasulullah S.A.W : "Apakah perkara yg terbaik di dalam Islam? " Beliau menjawab : "Memberi makanan dan memberi salam kepada orang yang kau kenal atau tidak kenal" (HR. Bukhari dan Muslim)



Dan di antara hak Muslim adalah mengucapkan salam kepada sesama Muslim..
Sabda Rasulullah S.A.W : "Demi Dzat yang diriku dalam genggamanNya, mereka tidak masuk syurga sehingga mereka beriman, dan mereka tidak beriman sehingga mereka saling menyinta...Maukah kamu aku tunjukkan sesuatu yang jika kamu mengerjakannya kamu saling menyinta ? Sebarkan salam di kalangan kamu."


Teringat pula kisah zaman belajar di bangku sekolah dan di kolej suatu ketika dulu..Ada seorang makcik 'cleaner' ketika sy di sekolah dulu..mulanya perkenalan kami hanyelah dgn senyuman dan salam..sehinggalah sy berani utk bertegur sapa dan berbual2 dgn makcik ni dan smpailah sy ingin menamatkan persekolahan,,terasa sgt sedih nk tgglkan makcik tu sbb makcik tu baik sgt..apabila diberi salam,,die pasti tersenyum dan menjawab dgn jelas..sejuk rasa hati..dari situlah wujudnya kasih sayang kami..acece..cam filem hindustan pulak..
Ketika belajar di kolej pula,, seorang makcik (digelar sebagai ibu) ,, suka sgt marah2 kat budak2 ni..sy pun hairan,,kenapa lah ibu ni suke sgt membebel2 kat depan pintu bilik sy (kebetulan bilik sy bawah skali dan dkt dengan tangga) .. jadi,,,kami se ro0mate lah menjadi pendengar setia ibu tersebut..kemudian,,apabila sy dan ro0mate melangkah keluar dari bilik,,kami terus mengucap salam kepada ibu..ibu tersenyum dan berkata.."acik syg kamu nak..belajar elok2 ya..acik bukan apa marah-marah kamu ni..ade sesetengah yang kurang hajar..acik xsuke.." (ditakdirkan Allah ade seorang pelajar lalu di hadapan kami dan buat seolah2 kami xwujud) ..sy terus melihat wajah ibu dan ternyata,,wajah ibu hampa..kami tersenyum kpd ibu dan meminta diri utk ke kelas..ibu tersenyum..ternyata nmpk perbezaan air muka ibu..


Jadi,,sama-samalah kita muhasabah balik..bukan nye susah untuk memberi salam..malah apabila kita memberi salam,,kita pula mendapat doa dari saudara kita..Subhanallah..bukankah doa seorang saudara kepada saudaranya yang lain dimabulkan Allah..beruntungkan kita ? :) jgn bagi salam pada orang salah,,sudahlah ..tapi,,walau ape pun yg kite lakukan,,haruslah diniatkan kerana Allah S.W.T..untuk mendapat keredhaanNYA .. ok kawan-kawan ? ^_^





~Pesanan buat diri yang kerdil ini dan juga sahabat yang disayangi kerana Allah~

~ Riadah ~

Assalamualaikum w.b.t ..
Ape kaba kawan-kawan ? semoga dalam keadaan baik.. :) 

Suka di sini sy nk becerita mngenai riadah..bile kate bab riadah,,perkara pertama yg terlintas kat fikiran anda ? :

1. Sihat.
2. Penat.
3. Tempat.
4. Aktiviti.
5. Lapar.
6. Xambik port la.. =.='

...atau lain-lain laa...
hakikat hidup..semua kena beriadah dengan melakukan aktiviti sukan..sedangkan dalam Islam sendiri amat-amat menggalakkan penganutnya beriadah..contoh nya,,,berjogging,,berbasikal,,berlari,,berenang dll..apa tujuan beriadah ? ada sesetengah orang cakap,,dapat melancarkan peraliran darah..ada pulak cakap,,dapat menenangkan fikiran.."yela,,tension2 belajar,,skali skala riadah,,seronok gak"...erm..betol tuh ..tapi,,ada pulak Hamba Allah ni cakap... "CUCI MATA BEB".. =,='  .. ape kes pulak manusia nie.. 

Cuci mata ? tang mana hang nak cuci mata time riadah nie ? kat rumah pun boleh nak cuci mata...leh tonyoh pakai sabun dettol buku lagi..nak cecair pon boleh..adess..
tapi,,itulah hakikatnyaa.....cuci mata ? apakah yang dimaksudkan dengan cuci mata nie ? haaa,,meh kita bongkar ~~

Pernah tak kita,,tgh syok2 jogging ni (sambil dengar mp3) ,, tibe2 ade seorang perempuan lalu naik beskal dengan pakaian yang mencolok mata ?  atau pernah tak kita,,tgh syok2 kayuh basikal ,,tibe2 ade lelaki lalu tgh jogging pakai singlet je ? [menampakkan body nye yg ala2 'the rock']

"Rezeki depan mata tu,,xkan xnk tgk...rugilah"
"Uish,,cunnye awek ni..."
"Wah ,, tough giler mamat tu"
"Astaghfirullahhalazim.."

Haa,,mane satu yg terlintas dulu ?? pilih-pilih.. ^_^ 
Sahabat-sahabat sekalian,,
xsalah kita nak beriadah ni..memang amat digalakkan..namun,,mestilah kena pada tempat nya..paling utama,,cara berpakaian.. 
bagi wanita ..xperlu rasanya nak pakai yg fit-fit dan jarang-jarang...nak kata ,, badan lagi ringan kalau pakai fit ? air resistance ? atau,, panas ?

Ada satu cerita best ni :
Ceritanya : Asma’ (nama seorang wanita yg berpakaian tipis) datang kepada Nabi, lalu Nabi memalingkan pandangan nabi sambil BERSABDA : “Wahai Asma’, sesungguhnya seorang wanita ketika sudah sampai dia pada haid, maka tidak baik bagi dia apabila dilihat dari dia (ini) dan (ini).” >>> Nabi ber-isyarat pada wajah dan kedua tangannya (Hadits Riwayat Abu Daud)..

Nabi sendiri sgt malu..malah cepat2 pandang lain..sedangkan kita yg memakainya tu,,xkan xrasa ape2 ? itu Nabi,,apa pula pandangan Allah ? naudzubillah..

Mereka kata..cuci mata ? tgk sana,,tgk sini..maknenye,,mesti mate nye meliar-liar kan..alamak,,degilnya mata ni..xboleh duduk diam..macam mana nie ?? 

Allah berfirman ."“Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat”. Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya” (QS. An-Nuur : 30-31).

pandangan itu,,adalah pandangan iblis..sekali kita memandang,, xpe lagi..kali kedua kita memandang,,itu adalah dosa,,dan kali ketiga kita memandang,,menempah jalan ke neraka..sedangkan mata manusia yg amat liar ni,,ntah brape kali pandang..brape jalan dah kita tempah tu..naudzubillah.. sama-sama kita fikir yer...muhasabah diri balik..

Perilaku ketika beriadah...semestinya ketika beriadah,,kita rasa seronok kan..walaupun hanya dengan jalan-jalan je ngan kawan2..wah,,banyak cerita ni nk share..tibe2,, mengilai,,ketawa...aduss,,satu taman leh dengar nie..sampai makcik yg tgh dokong anak kecil almost2 tercampak bayinya (melatah,,tekejut sgt)..amboii,,seronok mereka...tu belum masuk gaya lagi...malas nak kaba .. .tapi,,tahukah kita ? 

Sy pernah baca satu artikel ni,,tapi..lupe pula Nabi apa..sila beritahu ye pada siapa yg tahu..kisahnya begini :
"Nabi itu sedang berjalan dan beliau ternampak sekumpulan lelaki yg sedang ketawa berdekah-dekah..lalu Nabi tersebut berkata..jika mereka tahu betapa siksanya azab neraka,,pasti mereka akan lebih banyak menangis" .. Naudzubillah min zalik..sudah berapa banyak kali pula kita ketawa berbanding menangis kerana Allah..mungkin kerana sikap kita yg slalu lupa dan lalai dgn kebahagiaan duniawi...atau mmg xfikirkan akhirat ? Astaghfirullahhalazim... ?_?

Jadi,,kawan-kawan..marilah sama2 kita berfikir sejenak..ingatlah kita sedang diperhatikan..kita tidak pernah keseorangan..

Btol ke kite beriadah untuk menuntut tuntutan agama mahupun inginkan perhatian semata..
setiap perilaku kita adalah berdasarkan niat..jadi,,niatkan lah dalam hati hanya kerana Allah..
insyaAllah,....

 cube teka...siapa menang ? ^_^



~Pesanan buat diri yg kerdil ini juga sahabat yang disayangi kerana Allah~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...