Allah Is In My Heart




DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG


tick tock tick tock

Tuesday, June 21, 2011

SeBaRKan SaLaM ^_^


Melati kuntum tumbuh melata,
Ada di tasik ada di paya,
Bismillah pembuka bicara,
Assalamualaikum pemanis kata...


Acece..berpantun sudah..memartabatkan budaya kita..hidup Melayu Islam ! :)
Assalamualaikum w.b.t....

Dah baca tajuknya,,pasti semua dapat mengagak kan..haaa,,mengenai salam...bukan salam tangan tapi memberi salam , Assalamualaikum warohmatullah hiwabarokatuh..

Hukum memberi salam adalah sunat muakkad (sunat yg dituntut) bagi perseorangan dan sunat kifayah bagi berkumpulan sedangkan menjawab salam pula adalah wajib bagi perseorangan dan fardhu kifayah bagi perkumpulan.....faham ? 

Jadi,,kita ni amat-amatlah digalakkan memberi salam..dengan memberi salam je,,kita dah dapat pahala..Subhanallah,,bertuahnya kita..tapi,,kadang-kadang berat je mulut ni nk ucap salam kan ?


Hikmah memberi salam :
1) mendapat keredhaan Allah.
2) mendapat doa dari para malaikat.
3) akan mendukacitakan iblis.
4) dapat membersihkan diri dari sifat-sifat mazmumah(keji).
5) dapat mengukuhkan persaudaraan Islam.


Dulu kita bangga memberi salam kepada saudara Islam tapi kini kita lebih selesa dengan hnya mnyebut "Hai"..kononnya lebih mudah dan ringkas..Maklumlah dalam dunia yg serba pantas ni sgalanya perlu cepat..kalau mnyebut "Assalamualaikum" , belum habis mnyebut salam, orng tersebut dah xde dpn mata..itu lah antara alasan yg kite dengar bile ditnye knape lbh suka mngucapkan "Hai" berbanding "Assalamualaikum"..namun,,mungkin juga,,ade sesetengah orang beranggapan mereka kurng selesa apabila memberi salam...terutamanya apabila dgn kwn-kwn yg jenis kurng menitik beratkan isu agama..betul juga,,itulah hakikatnya..tradisi memberi salam ni,,sudah kurang diamalkan hingga kita sendiri merasa janggal apabila ingn memberi salam..
Yelaa,,,diakatakan memberi salam ni dah tak serasi dgn zaman,dah tak moden, tak ikut 'trend' masa kini..Tapi,,sebenarnya ia menunjukkan betapa rapuhnya ukhuwwah Islamiah kita hati ini..Sedangkan,memberi salam adalah dituntut dalam Islam terhadap seluruh umatnya...



Seperti yang dinyatakan oleh Rasulullah S.A.W dalam hadisnya yg bermaksud, "Seseorang bertanya kepada Rasulullah S.A.W : "Apakah perkara yg terbaik di dalam Islam? " Beliau menjawab : "Memberi makanan dan memberi salam kepada orang yang kau kenal atau tidak kenal" (HR. Bukhari dan Muslim)



Dan di antara hak Muslim adalah mengucapkan salam kepada sesama Muslim..
Sabda Rasulullah S.A.W : "Demi Dzat yang diriku dalam genggamanNya, mereka tidak masuk syurga sehingga mereka beriman, dan mereka tidak beriman sehingga mereka saling menyinta...Maukah kamu aku tunjukkan sesuatu yang jika kamu mengerjakannya kamu saling menyinta ? Sebarkan salam di kalangan kamu."


Teringat pula kisah zaman belajar di bangku sekolah dan di kolej suatu ketika dulu..Ada seorang makcik 'cleaner' ketika sy di sekolah dulu..mulanya perkenalan kami hanyelah dgn senyuman dan salam..sehinggalah sy berani utk bertegur sapa dan berbual2 dgn makcik ni dan smpailah sy ingin menamatkan persekolahan,,terasa sgt sedih nk tgglkan makcik tu sbb makcik tu baik sgt..apabila diberi salam,,die pasti tersenyum dan menjawab dgn jelas..sejuk rasa hati..dari situlah wujudnya kasih sayang kami..acece..cam filem hindustan pulak..
Ketika belajar di kolej pula,, seorang makcik (digelar sebagai ibu) ,, suka sgt marah2 kat budak2 ni..sy pun hairan,,kenapa lah ibu ni suke sgt membebel2 kat depan pintu bilik sy (kebetulan bilik sy bawah skali dan dkt dengan tangga) .. jadi,,,kami se ro0mate lah menjadi pendengar setia ibu tersebut..kemudian,,apabila sy dan ro0mate melangkah keluar dari bilik,,kami terus mengucap salam kepada ibu..ibu tersenyum dan berkata.."acik syg kamu nak..belajar elok2 ya..acik bukan apa marah-marah kamu ni..ade sesetengah yang kurang hajar..acik xsuke.." (ditakdirkan Allah ade seorang pelajar lalu di hadapan kami dan buat seolah2 kami xwujud) ..sy terus melihat wajah ibu dan ternyata,,wajah ibu hampa..kami tersenyum kpd ibu dan meminta diri utk ke kelas..ibu tersenyum..ternyata nmpk perbezaan air muka ibu..


Jadi,,sama-samalah kita muhasabah balik..bukan nye susah untuk memberi salam..malah apabila kita memberi salam,,kita pula mendapat doa dari saudara kita..Subhanallah..bukankah doa seorang saudara kepada saudaranya yang lain dimabulkan Allah..beruntungkan kita ? :) jgn bagi salam pada orang salah,,sudahlah ..tapi,,walau ape pun yg kite lakukan,,haruslah diniatkan kerana Allah S.W.T..untuk mendapat keredhaanNYA .. ok kawan-kawan ? ^_^





~Pesanan buat diri yang kerdil ini dan juga sahabat yang disayangi kerana Allah~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...