Allah Is In My Heart




DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG


tick tock tick tock

Wednesday, July 6, 2011

Ujian Dan Musibah : ALLAH S.W.T Mahu Berkenalan Dengan Hamba HambaNYA

 ASSALAMUALAIKUM W.B.T  SAHABAT-SAHABAT ...

 

Setiap manusia, pasti melalui suatu masa yang dikenali dengan MUSIBAH atau masa KESULITAN. Kehidupan seseorang manusia tidak terlepas dari kesusahan, kesulitan, musibah dan sebagainya. Kadang kala, ia menyebabkan seseorang putus-asa dan ada juga yang sampai sanggup untuk membunuh diri dan sebagainya, hasil dari kekecewaan yang menimpa mereka dari kesulitan yang dihadapi oleh mereka dalam kehidupan.
Namun, jika musibah dan kesulitan ditafsirkan dengan tafsiran yang sempurna, ianya tidak akan membuatkan seseorang putus-asa tetapi sebaliknya ia mampu memberi suatu kekuatan baru kepada seseorang, dalam menghadapi hari-hari yang mendatang. 


Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta. (Al-Ankabut: 2-3) 

 
Berdasarkan ayat-ayat tersebut, didapati bahawa, seseorang yang mengaku beriman, pasti akan diuji oleh Allah s.w.t., sehingga terbukti samada seseorang itu benar-benar beriman atau berdusta dalam mengaku beriman. 


Dalam kitab-kitab hadis juga, banyak menukilkan tentang hadis-hadis yang menyebutkan tentang ujian Allah s.w.t. terhadap para hamba-Nya.
Rasulullah s.a.w. bersabda: "Golongan yang paling kuat diuji dengan bala adalah golongan para Nabi, kemudian golongan yang mengikuti mereka dan seterusnya".
Rasulullah s.a.w. juga bersabda: "Sesungguhnya, jika Allah s.w.t. mencintai sesuatu kaum, maka mereka akan diuji. Andainya mereka redha dengan ujian tersebut, maka baginya keredhaan Allah s.w.t"
Jika kita lihat dalam lipatan sejarah, kita dapati bahawa, Rasulullah s.a.w. yang merupakan manusia yang paling dikasihi Allah s.w.t. sendiri, diuji dengan pelbagai ujian, termasuklah dibaling dengan batu, dilempar dengan najis dan kotoran, dan sebagainya. Begitu juga dengan para Nabi yang lain, seperti Nabi Zakaria a.s., Nabi Yahya a.s., Nabi Ayub a.s., dan selain dari mereka. 


Persoalannya, apakah rahsia di sebalik ujian-ujian Allah s.w.t. terhadap para kekasih-Nya?
Rahsia Umum di Sebalik Musibah dari Allah s.w.t.
Para sufi dan ahli makrifah telahpun menjelaskan kepada kita, hakikat sebenar di sebalik ujian-ujian dan musibah yang menimpa seseorang muslim.
Secara umumnya, Allah s.w.t. menimpakan bala dan musibah kepada seseorang kerana tiga sebab, sesuai dengan jenis orang yang ditimpa musibah tersebut. 


Pertama: Andainya Allah s.w.t. menimpakan musibah dan bala kepada golongan musuh Allah s.w.t., dan golongan yang bersikap sombong dengan Allah s.w.t., dari kalangan orang-orang kafir dan golongan fasiq, maka ia merupakan suatu bentuk azab dan siksaan dari Allah s.w.t. yang dikenakan kepada mereka di dunia lagi. 


Kedua: Andainya Allah s.w.t. menurunkan musibah kepada orang-orang mu'min yang kurang beradab di hadapan Allah s.w.t., dengan melakukan pelbagai maksiat, maka ia merupakan peringatan buat mereka supaya mereka kembali kepada Allah s.w.t., dan kembali beradab di hadrat Ilahi s.w.t. dengan mengamalkan segala suruhan dan meninggalkan segala larangan-Nya. Ia merupakan suatu kenikmatan dalam kesulitan. 


Ketiga: Andainya Allah s.w.t. memberi musibah kepada golongan khawas (orang-orang soleh) atau golongan khawasul-khawas di kalangan hamba-Nya, yang sentiasa menjaga adab dengan Allah s.w.t., maka musibah tersebut merupakan pintu-pintu untuk meningkatkan darjat mereka di sisi Allah s.w.t., dengan kesabaran mereka. 


Ujian dan Musibah dalam Kaca Mata Sufi
Adapun para sufi menegaskan bahawa, ujian dan musibah merupakan suatu "ta'aruf" atau perkenalan dari Allah s.w.t., di mana setiap kali Allah s.w.t. menguji seseorang hamba tersebut, bererti Dia memperkenalkan diri-Nya kepada para hamba-Nya disamping menilai bagaimana hamba tersebut memperkenalkan dirinya kepada-Nya. 


Ujian dari Allah s.w.t. ada dua jenis iaitu: 


Pertama: Ujian berbentuk Musibah. Ujian ini merupakan suatu bentuk kesusahan yang ditimpakan ke atas manusia seperti kematian, kehilangan, kemiskinan, kesakitan dan sebagianya.
Dalam bentuk ujian ini, Allah s.w.t. memperkenalkan diri-Nya dengan sifat-sifat jalal-Nya (sifat-sifat keagungan-Nya) di mana pada ketika itu, hamba-hamba-Nya akan mendapati bahawa, Allah s.w.t. Maha Berkuasa dan hanya kepada Allahlah, tempat mengadu segala masalah, kerana hanya Dialah yang Maha Membantu dan sebaik-baik Penolong.
Dalam situasi ini, seseorang hamba yang jujur dalam Ubudiyahnya (pengabdiannya) akan memperkenalkan dirinya kepada Allah s.w.t., sebagai seorang hamba-Nya yang sabar. Maka, ketika diuji dengan musibah, seseorang hamba dapat meningkatkan darjatnya di sisi Allah s.w.t. dengan kesabarannya, di mana setiap kali dia sabar dalam ujian, maka setingkat demi setingkat darjatnya semakin meningkat di sisi Allah s.w.t., di samping mendapat keredhaan Allah s.w.t. dengan izin-Nya.. 


Di samping itu juga, seseorang hamba yang diuji dengan musibah, perlu redho dengan setiap suratan dan ketentuan Allah s.w.t., yang menimpanya, dan sebagai balasan, Allah s.w.t. juga akan meredhai hamba-Nya yang redha dengan ketetapan-Nya, dengan izin Allah s.w.t.. 

Hamba yang diuji dengan musibah juga perlulah sentiasa merenung diri sendiri, dan bermuhasabah, kerana boleh jadi, musibah tersebut merupakan natijah dari dosa-dosa dan maksiat yang dikerjakannya, di samping bertaubat dari sebarang kesilapan dan dosa. Inilah adab seseorang hamba yang sentiasa merendahkan dirinya di hadapan Allah s.w.t. 

Kedua: Ujian berbentuk Kesenangan. Allah s.w.t. juga turut menguji para hamba-Nya dengan nikmat kesenangan, seperti kekayaan, banyak zuriat, kedudukan, dan sebagainya.
Dalam ujian berbentuk kesenangan tersebut, Allah s.w.t. memperkenalkan diri-Nya kepada hama-hamba-Nya yang mendapat kesenangan tersebut, dengan sifat-sifat Jamal-Nya (sifat-sifat kecantikkan dan keindahan-Nya), di mana hamba-hamba-Nya akan dapati pada kondisi tersebut, bahawa mereka mempunyai Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Mulia.
Adapun hamba-hamba yang menerima kesenangan pula, hendaklah baginya memperkenalkan diri mereka sebagai hamba-hamba yang bersyukur, kerana dalam keadaan kesenangan, kesyukuran merupakan pintu-pintu untuk meningkatkan darjatnya di sisi Allah s.w.t.. Mereka hendaklah sentiasa mengingati bahawa, setiap nikmat tersebut datang dari Allah s.w.t., dan tidak lupa diri, dengan menyangka bahawa, merekalah sebenarnya yang menyebabkan kesenangan tersebut, kerana ia merupakan sikap biadab di hadapan Allah s.w.t. 


Hamba-hamba yang dianugerahkan nikmat hendaklah berterima kasih kepada Allah s.w.t., di samping tidak merasa bangga dengan apa yang diterimanya. Mereka juga perlulah mengingatkan diri mereka, bahawa, boleh jadi nikmat yang Allah s.w.t. berikan kepada mereka merupakan suatu istidraj (tipu daya yang menyebabkan seseorang lebih jauh dari Allah s.w.t.) supaya mereka sentiasa meminta ampun dari Allah s.w.t. dan bersikap merendah diri di hadapan Allah s.w.t.
Apabila seseorang hamba itu berterima kasih, maka Allah s.w.t. akan meningkatkan darjat dan kedudukannya di sisi-Nya, di samping menambahkan lagi kenikmatan-kenikmatan yang telahpun diperolehinya. 


Kesimpulannya, seluruh yang berlaku dalam kehidupan manusia merupakan ujian dari Allah s.w.t., samada dalam bentuk kesenangan atau dalam bentuk musibah. Apa yang penting, seseorang hamba yang memahami rahsia di sebalik ujian tersebut, maka dia perlulah sentiasa beradab dengan Allah s.w.t., samada di waktu susah atau senang, dengan kesabaran dan kesyukuran, kerana ianya merupakan pintu-pintu untuk meningkatkan darjat seseorang hamba di sisi Allah s.w.t..Wallahualam...


Al Fadhil Ustaz Mukhlis @ AlFaqir10



 BERAMAL LAH KERANA ALLAH !

Telegram terbaik

KIRIMKAN SURAT PENGHARAPANMU DI TENGAH KEHENINGAN MALAM..

JADIKAN AIR MATA MU SEBAGAI DAKWATNYA..

KEDUA PIPI MU SEBAGAI KERTASNYA..

KEPASRAHAN SEBAGAI SETEMNYA..

DAN ARASY ILAHI SEBAGAI ALAMATNYA..

SETELAH ITU TUNGGULAH JAWAPANNYA..

16 Perkara merawat Futur

Bismillahirrahmanirrahim.

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.


Sahabat yang dirahmati Allah,


Setiap para daie atau pendakwah yang bekerja dijalan Allah S.W.T dengan hati yang penuh ikhlas akan sentiasa mendapat rahmat dan pertolongan-Nya. Apabila kita tolong agama Allah S.W.T. maka Dia akan tolong kit kembali. Pertolongan Allah S.W.T akan datang dalam berbagai bentuk. Dia memberikan pertolongan dengan dikurniakan ketenangan hati, di permudahkan urusan mendidik isteri dan anak-anak hingga mereka menjadi insan soleh yang sentiasa taat kepada Allah S.W.T. Di berikan rezeki yang melimpah ruah di jalan yang tidak disangka-sangka dan di berinya kekuatan untuk menghayati Islam dan menyampaikannya.
Semua jalan-jalan keberkataan ini adalah tanda Allah cinta dan kasih kepadanya kerana hati dan jiwanya sentiasa meletakkan pengharapan dan reda dan mengharap kepada pertolongan dan bantuan daripada-Nya daripada sekecil-kecilnya hingga perkara-perkara besar. Alangkan bahagianya jika hati seorang daie dan murabbi sentiasa rasa takut (khauf), timbul pula rasa mengharap (rajaa') akan pengampunan-Nya dan rasa mengharapkan pertolongan ('inayah) dan rahmat-Nya


Sahabat yang dimuliakan,


Seorang daie dan murabbi bukannya sentiasa berada di dalam keadaan selesa dengan iman yang mendalam dan jihad yang berterusan. Tetapi dia juga sering diuji dengan keduniaan, keseronokan dengan harta dan anak-anak yang melalaikan, kemalasan untuk bekerja dengan istiqamah dan suka berehat-rehat menghiburkan hati. Penyakit yang menyerang para daie ini dipanggil futur. Futur bererti berhenti setelah beramal atau diam setelah bergerak. Futur juga bererti malas bekerja dan rasa lemah.
Di dalam jemaah Islam atau harakah Islamiah, futur adalah penyakit yang menimpa para daie dan pekerja Islam. Paling minima futur yang menimpa daie dan pekerja Islam adalah perasaan malas dan paling parah ialah berhenti atau tidak aktif dalam amal Islami. Kerja-kerja amar makruf nahi mungkar di pandang sepi dan seolah-olah tidak berminat lagi untuk berdakwah dan menyampaikan ilmu yang bermanfaat.
Perlu diingat Nabi S.A.W. dan para sahabatnya tidak pernah berhenti bekerja menyampaikan dakwah Islam, walaupun diuji dengan berbagai dugaan begitu juga ulama-ulama yang muktabar sentiasa istiqamah walaupun terpaksa menanggung derita duduk didalam penjara kerana tidak disukai oleh pemerentah yang sentiasa mengikut hawa nafsu.
Futur ini perlu dirawat dan dicas semula iman yang lemah kerana jika dibiarkan iman ini tidak dicas semula dikhuatiri iman ini akan semakin lemah dan akan hilang di hati para daie dan pekerja Islam!


Sahabat yang dikasihi,


Apakah faktor utama yang menyebabkan boleh datang futur dan lemah iman? Faktor utama adalah disebabkan dosa-dosa kecil dan besar kita lakukan dengan sengaja atau tanpa disedari. Bila kita memandang mudah dosa-dosa ini dan secara berterusan pula mengulanginya maka dosa ini umpama racun yang merosakkan hati-hati kita. Hati akan rasa lemah bila diganggu oleh racun-racun dosa. Titik-titik hitam dosa menutupi hati, hingga lama kelamaan hati menjadi hitam dan selaput hitam inilah yang menutup pintu hidayah dan taufik daripada Allah S.W.T.


Untuk merawat futur dan lemah iman terdapat 16 perkara yang boleh diamalkan dan dihayati untuk memulihkannya.


1. Menjauhkan diri daripada dosa-dosa kecil dan besar dan sentiasa perbanyakkan beristighfar dan bertaubat kepada Allah S.W.T.


2. Terus menerus melakukan amalan-amalan harian yang soleh. Amalan soleh bermula dengan yang wajib hingga yang sunat. Amalan ini terus dilakukan mengikut jadual.


3. Sentiasa merebut masa yang baik. Menghidupkan masa-masa tersebut dengan mentaati Allah S.W.T. seperti di waktu malam, hari Jumaat dan seumpamanya.


4. Membebaskan diri daripada melampau dalam din. Membuat sesuatu melebihi kemampuan fitrah. Dalam sirah , ada sahabat yang ingin berpuasa terus menerus . Ada yang ingin solat malam terus menerus tanpa tidur. Tetapi Rasulullah S.A.W. tidak izinkan kerana amalan-amalan itu di anggap melampau dalam din.


5. Meletakkan diri teguh dalam jemaah Islamiah. Tidak meninggalkan jemaah kerana

Nabi S.A.W bersabda maksudnya : "Tangan Allah bersama-sama jemaah."
Nabi S.A.W bersabda maksudnya : "Berjemaah itu dirahmati, sedangkan berpecah belah itu mengundang azab." (Hadis Riwayat Ahmad dalam Musnad Ahmad)


6. Memberi perhatian kepada sunnah Allah S.W.T. yang berlaku kepada dunia.
Kita perlu mambaca kisah anbiya' dan mengetahui faktor-faktor kejatuhan sesuatu umat. Untuk menambahkan kesedaran dan keinsafan diri kita bahawa manusia yang menentang hukum Allah S.W.T akan mendapat azab dan seksaan daripada Allah S.W.T.


7. Bersedia dan sentiasa berhati-hati menghadapi halangan-halangan di jalan dakwah. Ingatlah bahawa ujian Allah S.W.T. akan datang apabila kita terlibat diatas jalan yang hak dan tidak perlu resah dan gelisah dan rasa kecewa apabila ujian dan dugaan datang, kerana ini adalah sunatullah.


Firman Allah S.W.T maksudnya : "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan , kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka , maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar , dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta." (Surah al-Ankabut ayat 2-3).


8. Bekerja mengikut keutamaan. Mana yang dahulu di dahulukan dan mana yang kemudian perlu dikemudiankan. Kita jangan dibebankan dengan masalah-masaalah remeh-temeh dan khilafiah dan cabang-cabang.


9. Sentiasa bersahabat dengan orang-orang soleh dan sentiasa berjuang dijalan Allah.


Sabda Nabi S.A.W. maksudnya : “Seseorang yang duduk (berteman) dengan orang soleh dan orang yang jahat adalah bagaikan berteman dengan pemilik minyak wangi dan tukang besi. Jika engkau tidak dihadiahkan minyak wangi olehnya, engkau boleh membeli darinya atau sekurang-kurangnya dapat baunya. Adapun berteman dengan tukang besi, jika engkau tidak mendapati badan atau pakaianmu hangus terbakar, paling kurang engkau dapat baunya yang tidak elok.”
(Hadis Riwayat Imam al- Bukhari dari Abu Musa.)


Sahabat yang baik lagi soleh akan sentiasa mengingatkan kita untuk bekerja di jalan Allah dan tidak mudah putus asa.


10. Memberi hak-hak badan seperti berehat. Rehat disini adalah rehat untuk membina kekuatan untuk bekerja seterusnya . Janganlah badan kita langsung tidak diberikan haknya untuk berehat. Makanan perlu seimbang, berzat dan berkualiti.


11. Memberikan peluang kepada diri untuk melakukan perkara-perkara yang harus seperti meraikan keluarga, membawa kepantai atau tempat bersantai dan rehlah dan beriadah. Namun ia tetap dalam rangka tarbiah.


12. Sentiasa melihat, membaca dan mengkaji buku-buku sirah dan sejarah pejuang-pejuang Islam. Kisah-kisah tokoh penting, mujahid dan ulama perlu di dalami agar memberikan dorongan kepada kita.


13. Mengingati mati dan peristiwa-peristiwa yang akan berlaku selepas kematian. Di alam barzakh setiap orang akan di datangi dua malaikat. Malaikat akan menyoal dan bertindak denga izin Allah S.W.T. Rasulullah S.A.W ada menjelaskan bahawa di akhirat nanti , manusia akan dibangkitkan dalam tiga keadaan :
a. dalam keadaan menaiki kenderaan.
b. dalam keadaan berjalan kaki.
c. dalam keadaan berjalan dengan muka.


Mendengar penjelasan itu, ada sahabat bertanyakan baginda, "Bagaimana berjalan dengan muka ya Rasulullah?". Jawab baginda, "Allah berkuasa menjadikan kamu berjalan dengan kaki, maka Allah juga berkuasa menjadikan kamu berjalan dengan muka."


Begitu juga mengingati peristiwa-peristiwa di Padang Mahsyar. Ada manusia yang berteduh di bawah bayangan Arasy, ada manusia yang lemas dalam peluh dan sebagainya. Kesukaran semasa timbangan amal dan meniti di titian sirat.


14. Mengingatkan syurga dan neraka. Akhirat adalah tempat yang kekal abadi. Syurga adalah tempat balasan yang paling baik disediakan oleh Allah S.W.T. kepada hamba-hamba-Nya yang bertakwa. Begitu juga neraka disediakan Allah S.W.T kepada mereka -mereka yang ingkar dan derhaka kepada Allah S.W.T.


Tidak bersalah jika kita beramal dengan mengharapkan balasan syurga dan kita meninggalkan dosa kerana takut kepada azab neraka.


15. Menghadiri majlis-majlis ilmu. Ilmu menghidupkan hati. Mendapatkan ilmu adalah sebahagian daripada tarbiah Islamiah. Islam memuliakan orang yang berilmu.


Firman Allah S.W.T maksudnya : "Sesungguhnya yang takut kepada Allah antara hamba-hamba-Nya, hanyalah ulama." (Surah Fatir ayat 28)


16. Mengambil dan menghayati Islam secara keseluruhannya bukannya secara serpihan atau juz'i.
Sahabat yang dikasihi,


Marilah sama-salam kita muhasabah diri kita adakah ciri-ciri futur atau iman lemah itu telah menguasai diri kita dan jika ada maka marilah kita perbaiki futur ini dengan kita mengamalkan 16 perkara seperti yang dijelaskan di atas. Semoga Allah S.W.T memberi kekuatan pada diri kita untuk terus berjihad dijalan-Nya denga istiqamah dan yakin dengan janji-janji Allah. Ingatlah tidak ada balasan kepada para mujahid dan daie yang bertakwa melainkan syurga seluas langit dan bumi.


Tuesday, July 5, 2011

MARAH !!!!!!

Assalamualaikum w.b.t...


entry kali ni mngenai marah....




Arggghhhh !!! Geramnya aku dengan orang tuh !!
Ko Diam !!!! aku sepak ko kang !!
Ko pehal ?? nak gaduh  ker ??!!!
ISHHH !!! >.<


Haaa,,, ni la antara ayat2 kite dengar kan..ada antaranya pulak..marah sgt smpi xleh nk bercakap pon..i call it as 'silent angry'...not even vibrate..hehe..mane tahu die marah ?? haa,,dari mukanya...dapat lakz orang tuu putih kan...merah muka dia tahan marah.. "alamak,,matilah den" .. haa,,antara yg biasa kua dari benak hati ni...


kenapa suka wat orang marah dan kenapa suka marah ?
dua perkara yg berbeza...mmg lah..aisshhh..


bila kita marah kan...cara yg terbaik bagi kelegaan awal adalah dengan beristighfar...ambil wudhu' salah satu cara terbaik tapi contoh kalau kita tgh marah kat dalam kete,,tgh2 highway tu (sebab jalan jem) ,, nk cekau air kat mane kan..haaa,,apa kata waktu tu,,, kita istighfar banyak2..Allah sukakan orang yg byk beristighfar..

Pernah satu situasi ni (saya ada di kawasan berhampiran)..adalah Hamba Allah ni,,dia dipermainkan oleh sahabat dia..dia rasa sgt .....sgt....marah lah...bengang...semua ada..sampai tahap dia rasa nak pukul-pukul sahabat dia tu..namun,,cepat-cepat dia mewaraskan fikiran dia..dia beristighfar sebanyak yg mungkin...supaya syaitan yg sedang giat menghasutnya cepat2 terbakar dan beredar dari tubuhnya..Alhamdulillah,,dia berasa sejuk sikit hatinya selepas itu..dan apabila dia melihat wajah orang yg mempermainkan dia tu,,dia berasa cuma ingin mencubitnya je (ok lah tu,,,cubit2 manje,,p jgn dgn berlainan jantina pulak) ... the point is..ingatlah Allah balik..kenapa mesti kita marah-marah sebenarnya ? orang baru usik kita sikit,,,dah nak marah-marah..tahu x kita,, berapa banyak kita wat Allah marah..dan apa yg Allah wat kat kita ? kita masih lagi dapat tidur dgn nyenyak,,masih dpt makan makanan yg sedap2..Alhamdulillah..Ya Allah,,sayang nya Kau pada kami..


ketika marah ni lah syaitan senang untuk menghasut kita..kerana perasaan marah ni pun hasil dari hasutan syaitan..bila kita marah,,darah kita menggelegak..macam air yg mendidih tu kan..berasap2 dah..ketika tu lah,syaitan menyucuk-nyucuk mulutnya ke telinga kita...sebab tu la ada sesetengah orang yg marah smpi hilang kawalan diri..sampai menyepak,,membunuh pun ada..naudzubillah min zalik..mudah-mudah an kita dihindarkan...Amin Ya RABB....




~pesanan buat diri ini yang kerdil juga kepada kepada sahabat2 yg disayangi kerana Allah~
~yang baik dan buruk datang dari Allah tetapi yang buruk itu disandarkan ke atas saya yg lemah ni..maafkan saya andai tersalah bicara~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...