Allah Is In My Heart




DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG


tick tock tick tock

Monday, April 25, 2011

Harian Metro - Tragedi Kejut Solat Subuh (Isnin, 25/4/2011)

WANITA KOMA DITIKAM SUAMI WAKTU SUBUH..

Ampang : Seorang isteri kini terlantar dalam keadaan koma bertarung nyawa di hospital akibat dibelasah serta ditikam suaminya yang naik hantu selepas wanita itu menyuruhnya menunaikan solat Subuh. Kejadian berlaku di rumah pasangan berusia 30-an terbabit di Pandan Indah Commercial Park, di sini, kira-kira jamm 6 pagi semalam dan mangsa yang kehilangan banyak darah akibat cedera di perut kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Ampang.
    Sumber polis berkata, kejadian berlaku apabila suami mangsa yang tidur berang selepas dikejutkan isterinya dan disuruh mendirikan solat Subuh. "Tindakan mangsa menyebabkan suaminya berang sebelum berlaku pertengkaran hampir 10 minit. Suaminya yang hilang pertimbangan membelasah mangsa lebih 30 minit sebelum mengarahkan mangsa JANGAN MENYURUHNYA BERSOLAT. "Biarpun dibelasah dan diugut sedemikian rupa, mangsa masih meminta supaya suaminya berubah dan menunaikan solat," katanya.
    Menurutnya, keengganan mangsa mematuhi arahannya menyebabkan suaminya bertinak lebih agresif dengan mengambil pisau dan menikan perut wanita itu. "Mangsa terjatuh sebaik ditikam dan keadaan itu menyebabkan suaminya panik, apatah lagi selepas melihat isterinya berlumuran darah serta meraung kesakitan," katanya.
    Sumber itu berkata, bunyi bising akibat pertengkaran dan serangan suspek ke atas mangsa menarik perhatian jiran mereka, seorang lelaki lewat 20-an yang bergegas ke rumah pasangan itu.  Sebaik masuk ke rumah berkenaan yang pintunya tidak berkunci, jiran itu melihat mangsa terbaring dalam berlumuran darah manakala suaminya berdiri sambil memegang pisau.  "Terkejut dengan kehadiran jirannya, suspek segera melarikan diri manakala mangsa dibawa jirannya itu ke hospital dengan bantuan beberapa jiran lain," katanya.
    Difahamkan, sehingga petang semalam keadaan mangsa dilaporkan kritikal manakala suaminya yang menghilangkan diri kini diburu polis. Sementara itu, Ketua Polis Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan dan siasatan lanjut dilakukan.
-HARIAN METRO M/S 4-




~Sahabat...renungkanlah..hanya kerana disuruh mendirikan solat 2 rakaat itu,,sanggup membunuh..lebih menyedihkan isterinya sendiri..wanita yang dikahwini..wanita yang disayangi..bukankah sepatutnya lelaki menjadi pelindung wanita..lebih2 lagi suami pada isteri..namun,,mana perginya sifat itu ? lelaki yang gagah,,melindungi wanita,,menghormati wanita..senipis inikah iman kita ? tepuk dada tanya diri,, apakah perasaan kita apabila disuruh menghadap Allah ? dan apa pula perasaan kita apabila disuruh menghadap tv ? yang manakah lagi membuatkan nafsu kita suka ? naudzubillah..renung2 kanlah..pesanan buat diriku dan sahabat-sahabat..tambahan,,suspek masih dalam buruan polis..berjagalah yer rakan-rakan...erm,,siapa yang patut dipersalahkan dalam kes ini ? dan dari manakah puncanya ? akhir kata, maafkan segala salah silap diri..andai ada terkasar bahasa dan tersalah bicara..yang baik dan yang buruk datangnya daripada Allah tetapi yang buruk disandarkan kepada saya yang lemah ini..syukran..~~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...