Allah Is In My Heart




DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG


tick tock tick tock

Saturday, April 23, 2011

Rahsia Sunnah Nabi Muhammad S.A.W

Bismillahhirrahmannirrahim...
Assalamualaikum w.b.t..

Apa khabat teman-teman,,rakan-rakan dan sahabat-sahabat sekalian ? harap dalam keadaan sihat selalu dan senyum sokmo..Alhamdulillah,, dapat sekali lagi kita mengukirkan senyuman manis..alolo,,manisnye~~~ :)
Jadi,,pada kali ini..saya ingin berkongsi serba sedikit ilmu yang saya peroleh ketika menuntut di salah sebuah pusat pengajian nie..artikel ni diberikan oleh salah serang sahabat saya ketika saya ingin pulang ke hostel..yer...terima kasih yer sahabat kerana bagi artikel nie.. ^_^

Kita wajiblah menunaikan yang wajib manakala memperbanyakkan yang sunat..kan anak-anak ? banyak sangat perkara sunat yang dapat kita lakukan untuk menambahkan dan mengukuhkan lagi iman kita nie..perkara sunat ni,,kalau kita buat,,kita dapat pahala dan kalau xbuat,,xdapat apa-apa pun..dosa xdapat,pahala pun xdapat...tapi,,rugi la kan..perkara sunat nie,,bukannya susah untuk dibuat..insyaAllah...Islam ini mudah.. :) dan salah satu sunnah Rasulullah S.A.W adalah apabila kita MAKAN..

1. Cara makan, kenapa kita gunakan tangan ? Mengikut cara Rasulullah S.A.W, beliau akan menggaulkan lauk dengan nasi dengan tangan kanannya dan kemudian membiarkan sebentar, lalu Rasulullah S.A.W akan mengambil sedikit garam menggunakan jari kecilnya(yang last tu), lalu Rasulullah S.A.W akan menghisap garam itu.. Kemudian barulah Rasulullah S.A.W makan nasi dan lauknya..Mengapa ? kerana kedua belah tangan kita ada mengeluarkan 3 macam enzim, tetapi konsentrasi di tangan kanan kurang sedikit dari yang kiri..Ini adalah kerana enzim yg ada di tangan kanan itu merupakan enzim yang dapat menolong proses penghadaman (digestion), ia merupakan the first process of digestion..(acece,,speaking pulekz.)
Mengapa menghisap garam ? kerana garam adalah sumber mineral daripada tanah yang diperlukan oleh badan kita..Dua cecah garam dari jari kita itu adalah sama dengan satu liter air mineral..Kita berasal daripada tanah maka lumrahnya bahan yang asal dari bumi (tanah) inilah yang paling berkhatsiat untuk kita..
Kenapa garam ? selain dari sebab ia adalah sumber mineral, garam juga adalah penawar yang paling mujarab bagi keracunan, mengikut doktor-doktor di hospital, the first line of treatment for poisoning adalah dengan memberi Sodium Chloride, iaitu GARAM..Garam juga dapat menghalang sihir dan makhluk-makhluk halus yang ingin mengganggu manusia..

2. Cara Rasulullah S.A.W mengunyah - Rasulullah S.A.W akan mengunyah sebanyak 40 kali untuk membiarkan makanan itu betul-betul lumat agar perut kita senang memproseskan makanan itu..

3. Membaca Basmalah (Bismilahirrahma Nirrahim).. Membaca Basmalah sebelum makan untuk mengelakkan penyakit..Kerana bakteria dan racun ada membuat perjanjian dengan Allah S.W.T, apabila Basmalah di baca maka bakteria dan racun akan musnah dari sumber makanan itu..

Cara Rasulullah S.A.W MINUM :

Janganlah kita minum berdiri walaupun ia makruh tetapi ia makruh yang menghampiri kepada haram.Jangan kita minum dari bekas yang besar dan jangan bernafas sedang kita minum..Kerana apabila kita minum dari bekas yang besar, lumrahnya kita akan meneguk air dan dalam proses minum itu, kita tentu akan bernafas dan menghembuskan nafas dari hidung kita..Kerana apabila kita hembus, kita akan mengeluarkan CO2 iaitu Carbon Dioxide, yang apabila bercampur dengan air H2O, akan menjadi H2CO3, iaitu sama dengan cuka, menyebabkan minuman itu menjadi acidic..Jangan meniup air yang panas, sebabnya sama di atas..
Cara minum, seteguk bernafas, seteguk bernafas sehingga habis..


Jadi ,, inilah sedikit sebanyak yang dapat dikongsikan..Jadi kawan-kawan..sama-samalah kita muhasabah dan fikir kembali..berapa cuka yang telah kita minum..kasihan sama perut kita nie..dah terlalu banyak acid..patut la selalu meragam..jadi,,perbetulkan kembali mana yang tak betul...akhir kata, maaf andai ada tersilap kata..yang baik dan yang buruk datangnya daripada Allah..tetapi yang buruk disandarkan ke atas saya yang lemah ini..selamat beramal~~~ ^_^

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...