Allah Is In My Heart




DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG


tick tock tick tock

Sunday, April 24, 2011

Warkah buat Hawa

Bismilahhirrahmannirrahim..
Assalamualaikum w.b.t.


Hawa,
Andai engkau masih remaja,
jadilah anak yang solehah buat kedua ibu bapamu,
andai engkau sudah bersuami,
jadilah isteri yang meringankan beban suamimu,
andai engkau masih ibu,
didiklah anak-anakmu sehingga dia tidak gentar memperjuangkan Addin Allah..

Hawa,
andai engkau belum berkahwin jangan risaukan jodohmu,
ingatlah hawa janji Tuhan kita,
jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana khuatir dari mata jatuh ke hati,
maka lahirnya senyuman,
maka tercetusnya salam dan sekaligus disusuli dengan pertemuan,
takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri..

Hawa,
lelaki yang baik tidak melihat paras rupa,
lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya,
lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuannya,keremajaannya, serta kemampuannya menggoncang iman lelaki,
tetapi lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya,
peribadinya dan yang penting pegangan agamanya,
lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk menggodanya,
lelaki yang warak juga tidak mahu bermain cinta,
kerana dia tahu matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan perempuan hanyalah melalui perkahwinan..

Oleh itu Hawa,
jagalah pandanganmu,
awasilah auratmu,
peliharalah akhlakmu,
kuatkanlah pendirianmu,
andai ditakdirkan tiada cinta daripada Adam untukmu,
cukuplah hanya cinta Allah memenuhi dan meyinari kekosongan jiwamu,
biarlah hanya cinta daripada kedua ibu bapamu yang memberi hangatan kebahagiaan buat dirimu,
cukuplah sekadar cinta adik-beradik serta keluarga yang membahagiakan dirimu..

Hawa,
cintailah Allah di kala susah dan senang kerana,
kau akan memperolehi cinta daripada insan yang juga menyintai Allah,
cintailah kedua ibu bapamu kerana kau akan memperolehi keredhaan Allah,
cintailah keluargamu kerana kau tak akan jumpa cinta yang bahagia selain cinta keluarga,
janganlah sesekali tangan yang menggoncang dunia,
juga menggoncang IMAN lelaki...


~Sahabat...sama-samalah kita renungkan dan muhasabah diri..pesanan buat diriku juga kepada sahabat-sahabat..maaf andai ada tersilap kata tersalah bicara..yang baik dan yang buruk datangnya daripada Allah tetapi yang buruk itu disandarkan ke atas saya yang lemah ini... Assalamualaikum w.b.t~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...