Allah Is In My Heart




DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG


tick tock tick tock

Saturday, April 23, 2011

Kisah pengembara~~

Bismillahhirrahmanirrahim..
Assalamualaikum w.b.t..

Apa khabar teman-teman,,sahabat-sahabat sekalian..harap sihat sejahtera dan sentiasa dalam redha-NYA.. amin..jadi,, bagi agak-agak di awalan blogging nie..sebab saya pun baru je belajar blog-blog nie..xberapa nak reti..tapi,,orang cakap,,menuntut ilmu biarlah sampai ke liang lahad..jadi,,seiring dengan peningkatan dan kemodenan zaman sekarang nie,, suka juga nak berkongsi ilmu dengan sahabat-sahabat melalui teknologi di ujung jari..jadi,,,ntah brape banyak jadi da nie.. heee~ suka lah saya ingin berkongsi mengenai kisah seorang penghijrahan seorang hamba Allah..bukan penghijrahan seperti Nabi Muhammad S.A.W yang jauh perjalanannya dan sangat hebat dugaannya..hamba Allah yang ini belum mampu sampai ke tahap itu tetapi akan terus mencuba.. sehingga akan benar-benar dapat mengikut jejak langkah Beliau dan sahabat-sahabat terdahulu.. ^_^ .. amin..

"Abang,, comelnyer anak kita..Alhamdulillah,,anak perempuan bang..xkisahlah kita nak kan anak lelaki..ini rezeki kita bang..bersyukur dapat anak perempuan..rezeki Allah "
"Allahuakbar , Allahuakbar..!! "

Lahirnya seorang bayi yang suci umpama kain putih..disambut dengan laungan azan..kalimat pertama yang didengari,, 'Allahuakbar'..inilah dia..antara roh-roh yang berani menjejakkan kaki ke muka bumi ini..apabila disoal,,roh ini mengatakan.. aku percaya Tuhanku adalah Allah dan aku menyaksikannya..lalu,,turunlah roh ini ke muka bumi..namun,,ada segelintir roh yang takut..maka ketika di hari akhir dunia,,mereka tidak dimasukkan ke dalam syurga,,namun tidak juga ke neraka..


Pabila semakin meningkat umurnya..semakin pandai berkata-kata..semakin pandai mengatur langkah..banyak kali anak kecil ini jatuh ketika bertatih namun digagahkan juga untuk berdiri kerana dia tidak kenal erti putus asa..masuk ke alam persekolahan..anak kecil ini menangis..menangis kerana takutkan duniawi..takut kepada orang yang tidak dikenali,,takut di apa-apakan..takut segala takut lalu menangis hingga kering air mata..sentiasa memerlukan kedua orang tuanya berada berdekatan..namun,kerana terbiasa akhirnya bersama rakan-rakan..sudah berasa selesa dengan suasana yang baru..sudah berani berdiri dengan kaki sendiri..anak kecil ini masih mencari-cari erti kehidupan..namun,,penerimaan nya sgt sukar..sukar untuk difahami bagi anak kecil ini..jadi,,bagi mereka..keseronokan diutamakan..berlari-lari dengan rakan-rakan..yang dilihat,,hannyalah di depan mata...di sebalik keseronokan anak kecil ini,, dia tidak sedar,,pelbagai dugaan menanti buatnya.....

Masuk ke alam remaja,,hatinya semakin susah untuk menerima..semakin banyak perkara yang dilihat..baik atau buruk,,tidak dinilai lagi...darah mudanya sentiasa menggelegak..sentiasa mendidih..akalnya sudah dikawal oleh nafsu..suka mencuba sesuatu yang baru..dilihat rakan-rakannya memiliki teman hidup..pelindung dan peneman ketika suka...dan apabila duka ditinggalkan namun tetap nampak indah...tapi,,itu bukan halangan bagi dia untuk memiliki teman juga..dia mencari dan ada yang berkenan..dalam xsedar,,dia telah menyerahkan hati nya yang suci yang dijaga rapi sejak lahir itu kepada yang bukan halal buatnya..dia tidak mengindahkan dosa pahala dan apa yang dia nampak adalah keseronokan memiliki teman yang sentiasa di samping..dia tidak mahu tewas...tidak mahu tewas dengan rakan-rakannya yang lain yang sudah berteman sejak bertahun..
 Namun,,, kasih Allah kepada hambaNYA tidak pernah luntur dan berkurang..Allah amat menyayangi hambaNYA...setiap niat atau perkara jahat yang diniatkan olehnya,,pasti ada halangan..pasti tidak dapat ditunaikan...darah mudanya ingin memberontak..namun,,akalnya masih lagi dapat berfikir dengan waras..kerana Allah sentiasa menyayangi dia..hidayah Allah menyapa..dia terasa dosa yang ditanggung amat banyak dan sudah terlalu berat..dia memutuskan hubungan dengan temannya..walaupun perit..namun dia tahu..ini adalah suara hatinya..suara daripada Allah yang mahukan dia menyerahkan sepenuh hatinya hanya pada Yang Hakiki..namun,, manusia ini dalam kerugian dan sering menzalimi diri sendiri..sekali lagi dia terpesong kerana dia tidak menjaga hidayah Allah itu..dia lalai dan leka dengan kenikmatan duniawi..memikirkan keseronokan dan masih belum mencari makna Islam itu sebenarnya..walaupun dia sedar,,kebahagiaan dia itu selalu dituruti dengan kesedihan dan kekecewaan..namun,,dia tetap dengan pendiriannya kerana termakan bisikan syaitan...makhluk yang tidak pernah berputus asa untuk memesongkan hati manusia...walaupun dia tetap berwaspada,,dengan menambahkan amalan sedikit demi sedikit..dia tetap dipengaruhi oleh rakan-rakan dengan keseronokan duniawi..melakukan perkara yang membuang masa..

Namun,,,sekali lagi.....Allah itu Maha Besar...Allah mengurniakan rezeki kepadanya...Allah memudahkan laluannya untuk menyambung pelajaran ke tempat yang diiktiraf..pusat pengajian yang dia sendiri tidak menyangka dia akan menuntut di sana...dia amat bersyukur...Allah memisahkan dia daripada teman-temannya yang sering mendatangkan kelalaian kepadanya..

Ketika mula menjejakkan kaki ke pusat pengajian berkenaan..dia terasa amat takut dan kosong..dia sentiasa dalam ketakutan..namun,,dia masih melupakan yang Maha Melihat..dia tidak tahu pada siapa harus dia mengadu..Sekali lagi Allah memberikan hidayah kepadanya..ketika pertama kali menyambut Ramadhan di tempat baru,,Allah memudahkan perjalanannya untuk menunaikan solat berjemaah dan sola sunat tarawih di surau..dia merasakan hatinya seolah-olah melekat pada pintu surau di pusat pengajian berkenaan..dia tidak boleh mengelak jejak kaki nya daripada ke surau..semenjak dari hari itu,,hatinya sudah berada di surau..dia mendapat ketenangan di sana..dia mendapat sahabat baru di sana dan yang paling penting..dia mendapat kehidupan di sana..benarlah janji Allah..jika kita mencari,,pasti Allah memberi..tidak putus-putus dia menadah tangan dan bersujud kepada Allah tanda kesyukuran yang tidak terhingga..dia mengabdikan dirinya dengan bersungguh-sungguh..di samping itu,,dia mendapat sahabat-sahabat yang dikurniakan Allah..sahabat-sahabat yang sentiasa membimbingnya ke jalan yang benar...menegur apabila melakukan kesalahan....suka dan duka bersama..gembira dan menangis bersama...semua itu,,tidak pernah dirasai olehnya selama dia hidup di muka bumi ini..dia sendiri tidak menyedari perubahan dirinya sehinggalah seorang teman menegur perubahannya yang sudah jauh berubah..tingkah laku,,tutur kata dan banyak lagi..jauh lebih molek dan sopan..dia bersujud kepada Allah dan bersyukur setiap hari..Alhamdulillah,, kini dia jauh sudah berubah dari yang sebelumnya sehinggakan ada sahabatnya yang juga turut terpengaruh dan mahu bersama-sama berubah ke arah kebaikan..ke jalan yang lurus..Hidayah Allah..Allah tidak akan merubah nasib sesuatu kaum itu melainkan kaum itu merubahnya sendiri..

Kini,, dia memasang tekad..perubahan dirinya ini bukan untuk dirinya sahaja .. malah dia juga inginkan sahabat nya yang lain merasainya juga..bukan kerana dia tetapi kerana Allah..Subhanallah..semuanya menjadi indah apabila disandarkan kepada Allah..namun,,dalam masa yang sama..dia sedang bersedih..sedih kerana ramai lagi teman-temannya di luar sana yang masih lagi hanyut dengan duniawi..dia mahu membimbing mereka dan dia masih lagi sedang mencari dan akan terus mencari..dia sedang mengembara~~~~





-watak dalam cerita ini tidak ditujukan kepada sesiapa..maaf andai ada tersilap kata..sudilah menegur..insyaAllah akan diterima dengan hati yang terbuka..yang baik dan yang buruk itu datangnya daripada Allah namun yang buruk itu disandarkan ke atas saya- Wallahualam...






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...